Salam to all!! wah lama sungguh x menulis di ruangan ku ini.Dah lama hajat di hati nk menulis, apakan daya masa sgt mncemburui saya.ahaks..adakah anda tertanya2 kenapa saya menggunakan bahasa melayu sepenuhnyer? sebenarnye, ader seorg insan ni cakap, kenapa ckp campur2?kalu nk guna melayu, guna je melayu sepenuhnyer. kalu nk ckp bhs inggeris, guna jer bhs inggeris sepenuhnyer. jgn dicampur adukkn bahasa kita...hahah..jd, sy pn setuju lh.
Hm, sy sebenarnyer sekarang sudah beroindah kerja ke tmpt baru..sy skrng dgn rasminya adalah staf UMK ( Universiti Malaysia Kelantan)..ahahha..ramai bertanya kenapa berpindah ke tmpt lain?terasa hati ngn uitm ker?gaduh ngn org uitm ker?kecewa ngn org uitm ker?kecewa ngn sistem uitm ker?nk jadi koordinator dgn cepat ker? sebenarnyer, tidak terlintas langsung di hati ini utk curang otau berpaling tadah dgn uitm. akan tetapi hati n diri ini mahu lebih. mahu yang terbaik utk diri sndiri. sememangnya saya sayang uitm akan tetapi saya sayang diri saya lebih. curangkah saya?pengkhianatkah saya?tidak. pasti tidak!
Kini kusedar, ramai yang menyayangiku. ramia yang menghargaiku. kerja, usahaku selama 2 tahun 5 bln di uitm kelantan bukanlh sia2. alhamdulillah. tersangat dan teramat syukur dengan semua yang berlaku di uitm. jujur kukatakan, tiada kenangan pahit menusuk kalbu sepanjang keberadaan ku di uitm. aku bersyukur, kerana di takdirkan allah untuk bersama uitm sebagai tempat kerjaku yang pertama. pengalaman kerjaku yang pertama adalah sesuatu yg positif. alhamdulillah. skrng, bersama umk...aku dapat menjangkakan sesuatu yg manis akan terjadi, mungkin juga sesuatu yg pahit, tetapi pahit akan menjadi manis kalau dihisap perlahan2.hehe..
Uitm adalah satu organisasi yg sgt besar.ader segelintir insan yg kukenal kagum kerana aku dapat bersama uitm.benarkah?mungkin.rezeki ku disana..dan skrng di sini, umk.dahulunyer, tidak pernah terlintas di minda ku untuk bekerja di kelantan lantas menetap di sini. ini takdir yg ditentukan allah.aku dahulu bersama uitm kelantan, dan sekarang di universiti malaysia kelantan. keberadaan ku disini menjauhkn aku daripada kemungkinan untuk berkhidmat di luar taklukan Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.aku mengerti bahawasanya allah inginkan ku berkhidmat menabur budi untuk kedua orang tua ku.mama dan abah. aku senang dan tenang berada bersama keluarga and org tuaku yang tercinta. memang terkadang aku inginkn kepuasan, keseronokan dan sebagianya.namun semua itu dapat dikecapi pada musim cuti. boleh aja aku ke kuala lumpur untuk berseronok.hmm...mungkin juga kelantan akan berubah menjadi negeri yang sangat maju dan punya Starbucks dan juga Sushi King?hehe...aku suka!
baiklah, sampai di sini saja cerita buat kali ini..
nanti akan ku masukkan cerita umk pulak..hehe..
ja ne!(maaf ini bahasa jepun dan sy xleh tukar kpd bhs melayu sbb ini adalh trademark pengakhiran setiap cerita saya...heheh..)
No comments:
Post a Comment